Di MMU sekarang telah bertambah pelajar yang memilih untuk menjadi "promoter". Ini adalah kerana mereka telah melibatkan diri dalam dunia jualan langsung atau multi level marketing.

Antara yang kian popular ialah HPA. Ramai yang di kalangan sahabat saya telah melibatkan diri di dalam dunia HPA.

Jadi, di sini terimalah perkongsian khas daripada saya bagaimana untuk menjadi seorang promoter terbaik.

Apa tipnya?

Ayah saya pernah memberikan semangat di depan pengedar-pengedarnya. Dia berkata dengan penuh semangat dan serius :


Bila kita jadi pengedar, kita wajib beli barang yang kita jual dan WAJIB merasainya keseronokannya dahulu, barulah kita jual pada orang lain. Apabila kita dah merasai sendiri keseronokan sesuatu barang itu, barulah kita dapat mempromosikan barang itu pada orang lain dengan berkesan dan baik. Percayalah! Kita akan dapat menambat minat hati pelanggan dengan mudah jika kita sendiri bercerita dengan penuh perasaan dan keseronokan kita menggunakan barang tersebut.

Jika kita dapat merasai keseronokan sebenar (bukan keseronokan yang dibuat2), kita akan mampu menjual sesuatu barang itu dengan lebih effektif.

Contoh mudah:

Kita ingin menjual serbuk kopi sesebuah syarikat . tapi jika kita sendiri tidak suka minum kopi syarikat tersebut , sudah tentu kita tidak akan bercakap dengan ikhlas semasa mempromosikan kopi tersebut.

Kesannya ialah, pelanggan mungkin akan merasai sangsi dan tidak percaya lalu mereka tidak mahu membeli dengan kita.

Mari kita pergi ke perspektif lain

Siapa "promoter" terbaik dalam sejarah dunia?

Anda rasa siapa?

Sudah tentulah Nabi Muhammad SAW.

Lihat bagaimana skill Rasullah mempromosikan islam pada orang yang ingin didakwahnya. Rasullah begitu berbangga, merasai keseronokan,kemanisan, dan begitu bersyukur dengan kurniaan nikmat islam itu kepadanya..


Sebab itulah kita lihat Rasullah mempunyai begitu banyak pengikut daripada dulu sehingga sekarang. Tidak peliklah jika Rasullah dinobatkan sebagai tempat pertama dalam buku 100: A Ranking The Most Influential Persons In The History.


Kesimpulan

Jika kita ingin mengajak orang buat baik dalam sesuatu perkara, teknik yang paling berkesan ialah kita ceritakan kebaikan perkara itu dengan penuh seronok, insyallah orang itu akan tertarik dengan nasihat kita.

Contohnya: Jika kita ada kawan yang tidak solat, selain beritahu kenapa kita perlu bersolat, kita juga perlu bercerita bahawa sebenarnya solat ini adalah sesuatu yang sangat manis,menyeronokkan dan menenangkan jiwa. sudah tentu kawan kita itu akan berminat untuk melakukan solat.

Akhir kata, mari kita sama-sama contohi Nabi Muhammad SAW.

Jika kita ingin menjadi "promoter" terbaik, contohilah Rasullah. Rasullah mempromosikan islam itu dengan penuh keseronokan, sepenuh ikhlas daripada hati dan akhlak yang begitu menakjubkan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul . :D


p/s: saya berharap dengan entri ini menjadikan saya lebih menyintai Rasullah daripada orang lain dan dapat gapai cinta daripada Rasullah. Semoga kita semua kelak layak untuk mendapat syafaatnya.. insyallah. :)