inilah kereta idaman seorang sahabat saya :D Setiap hari sebuah kereta akan menjalankan tugas nya untuk manusia. Setiap masa ia menggunakan petrol untuk bergerak. apabila petrol telah digunakan maka kita perlu mengisi petrol yang baru. semakin lebih kerap kereta itu digunakan untuk menyelesaikan segala urusan, maka lebih banyak petrol diperlukan.
begitulah hakikat juga seorang manusia. manusia sentiasa perlukan semangat/kekuatan rohani untuk menyelesaikan urusan yang ada di dunia ini dengan baik.
semakin sibuk seorang manusia itu, sepatutnya semakin kuatlah amalan ibadatnya. manusia bergerak berpandukan hatinya.
makanan hati adalah cahaya hidayah dari illahi. so macam mana nak dapat cahaya hidayah itu? sudah tentu dengan lebih beramal. makin sibuk, makin perlu kuat keimanan di hati.
situasi 2kereta yang setelah sekian lama digunakan juga, perlu juga dihantar ke bengkel bagi melakukan pemeriksaan bagi membaiki mana yang rosak. contoh menukar minyak hitam, menukar brek yang haus, membaiki yang rosak,mengecas kembali bateri dan sebagainya.jika dibiarkan dan tidak dilakukan pemeriksaan, sudah tentu lama-lama kereta itu akan lebih rosak enjinnya. dalam tempoh tertentu selepas itu, kereta itu mungkin tidak akan dapat bergerak lagi.
begitu juga manusia. setiap hari kita asyik sibuk dengan pelbagai urusan. kita perlu juga muhasabah diri.
tapi sudah tentu kita lebih kompleks daripada kereta. semaklah diri dengan teliti dan recharge kembali bateri iman kita.
jika kita hidup tanpa dilakukan "recharge" or "inspection" ke atas diri kita, maka mungkin akan ada beberapa kesan:
a) kita akan lebih banyak melakukan kesilapan.
b) kita akan "syok sendiri" dan merasa ujub dengan diri kita.
c) kita susah nak bangkit bila jatuh diuji dengan ujian tuhan.
ambillah masa untuk berehat bagi recharge bateri iman kita dan membaiki apa yang "rosak" dalam diri.. insyallah, kita akan sentiasa lebih bertenaga dan bersemangat. (berehat bukan bermakna berhenti terus)
Saidina Umar yang hebat itu pun sering menangis mengenangkan dosanya dan selalu muhasabah diri.
moga2 cuti ini, saya dapat recharge bateri iman supaya sentiasa bersemangat.insyallah.