Saya bermuhasabah diri kenapa kadangkala semakin sibuk saya, saya jadi makin lemah semangat dan amat tension. Begitu juga bila melihat perkara yang sama berlaku pada sesetengah sahabat saya di mmu dan adik-adik yang busy dengan program serta urusan pelajaran.

Dalam dilema persoalan,saya terjumpa satu hadis nabi.

Rasulullah SAW bersabda: “Seorang mukmin apabila dia melakukan dosa, akan muncullah bintik hitam di dalam jiwanya. Apabila dia bertaubat dan menghentikan dosanya serta beristighfar, maka hilanglah bintik hitam itu. Sekiranya dia meneruskan perbuatan dosanya, maka bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya, sehingga tertutup seluruh hatinya” Hadith riwayat Al-Baihaqi.



Saya rasa lega sudah menemui sesuatu yang boleh dijadikan jawapan untuk soalan:

Kenapa kadangkala makin saya busy , makin lemah semangat dan tension?


Saya lupa untuk jaga hati saya. Saya biarkan hati saya dilumuri dosa ketika saya sibuk dalam pelbagai urusan.

Dalam kesibukan, saya perlu berhati-hati untuk mengelak daripada berbuat dosa.Dosa akan membuatkan jiwa saya gelap.

"Ketenangan susah nak datang pada hati yang banyak dosa"


So, apa yang patut saya lakukan?

1) Selalu muhasabah diri setiap hari sebelum tidur. apa dosa yang saya telah lakukan dalam sehari itu.
2) bertaubatlah dan isthgfar sebanyaknya2.
3)selalu lah berzikir mengingati Allah, dengan berzikir dapat membersihkan hati.

Satu muhasabah khas untuk diri saya.