Apa Punca Kita Jadi Lemah?



Cuba tanya diri kita, apa perasaan diri kita apabila melihat gambar seperti ini?


Orang islam yang masih ada iman di hatinya,sudah pasti berasa marah dan geram apabila melihat gambar ini. Saya juga berasa marah, dan sangat geram kepada sesiapa yang sanggup melakukan seperti ni.


Kenapa mereka berani buat sedimikian?


Jawapan mudahnya adalah kerana kita sudah menjadi lemah. Orang Islam pada zaman dahulu pernah memerintah 2/3 dunia, bukankah itu suatu bukti bahawa sebenarnya orang islam itu sebenarnya kuat dan mampu menggerunkan musuh-musuh islam. Itu bermaksud bukan mereka yang telah menjadi kuat, tapi oleh kerana kita yang menjadi semakin lemah. Kita sebenarnya kuat tapi kita memilih untuk menjadi lemah.


Apakah puncanya kita menjadi lemah?


Punca utama kenapa kita menjadi lemah adalah kerana kebanyakan daripada kita pada zaman sekarang sudah lagi tiada semangat untuk mempertahankan islam. Umat islam sekarang sudah tidak ada semangat lagi untuk menjadikan islam itu sebagai suatu kebanggaan di dalam diri mereka.


Kenapa umat islam sudah tiada semangat lagi seperti dulu?


Ini berkaitan dengan masalah hati. Hati itu adalah sumber semangat bagi seseorang manusia. Hati itu adalah sumber motivasi bagi seseorang manusia dan sumber yang akan menggerakan anggota badan yang lain. Mari kita lihat apa kata nabi dalam hadisnya:



Rasullah S.A.W pernah bersabda:

Sesungguhnya di dalam tubuh anak Adam itu terdapat segumpal daging. Jika ia
baik,maka baiklah seluruh anggota tubuhnya. Jika ia buruk, maka buruklah seluruh anggota tubuhnya. Maka itulah hati."



Semangat atau dorongan untuk melakukan sesuatu yang baik mestilah datang daripada hati. Hati yang baik akan melahirkan dorongan yang tinggi terhadap kebaikan. Hati yang buruk akan melahirkan dorongan yang tinggi terhadap keburukan.

Kita lihat pada masa kini, umat islam sekarang sudah tidak ramai yang menjaga hati. Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga hati itu?

Menjaga hati itu bermaksud menjaga hati itu daripada dipenuhi dengan dosa-dosa sama ada dosa itu kecil atau besar. Ingatlah , bahawa dosa itu mampu melemahkan hati kita daripada mempunyai semangat atau dorongan yang baik. Bagaimana?

Dosa-dosa yang kita lakukan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja, tanpa kita sedari dosa-dosa itu akan menutupi setiap pelusuk hati kita dengan perlahan-perlahan. Lama-kelamaaan, hati kita akan dipenuhi dengan dosa. Cahaya dan hidayah Allah pasti susah datang pada hati kita. Tanpa kita sedari, kita sebenarnya sudah jauh dengan hidayah dan cahaya Allah.

Kesan buruk yang akan berlaku pada diri kita adalah semangat untuk melakukan kebaikan pasti akan merudum begitu sahaja. Ia juga boleh menjadi punca utama kenapa ramai pejuang islam gugur dan futur daripada medan perjuangan islam.

Kesan yang buruk lain ialah kita sukar untuk menggerakkan kebaikan di sekeliling kita.

Apakah cara untuk mendapatkan semangat itu kembali jika kita berasa lemah?

Pernah ada seorang anak usrah saya, datang kepada saya meluahkan kepada saya bahawa dia rasa macam makin lemah semangat untuk melakukan kebaikan. Saya memberikan nasihat "Abg tidak mampu untuk beri semangat yg baik pada hang, hanya Allah sahaja yg boleh beri semangat.sumber segala kekuatan adalah Allah. abg hanya boleh memberitahu cara untuk mendapatkannya"

Caranya adalah dengan membersihkan hati kita dan kembali bertaubat kepada Allah. Muhasabahlah diri kita , apakah dosa kecil atau dosa besar yang kita telah lakukan terhadap Allah. insyallah , hati kita akan menjadi semakin bersih dan semangat untuk melakukan kebaikan pasti akan datang kembali dengan izin Allah.


Rasullah S.A.W telah bersabda:" Seorang mukmin apabila dia telah melakukan
dosa,maka muncullah bintik hitam di dalam jiwanya. Apabila dia bertaubat dan
menghentikan dosanya serta beristighfar, maka hilanglah bintik hitam
itu. sekiranya dia meneruskan perbuatan dosanya, maka bertambahlah bintik
hitam itu di hatinya, sehingga tertutup seluruh hatinya." Hadis riwayat
Baihaqi

Kesimpulan

Kita mesti sentiasa perlu menjaga hati mereka daripada melakukan dosa kecil atau dosa besar untuk memastikan semangat atau dorongan yang baik sentiasa ada dalam diri kita. Ingatlah, syaitan tidak pernah berputus asa menghasut kita daripada melakukan dosa kecil atau besar.

Jika kita sentiasa menjaga hati kita, insyallah kita akan sentiasa mempunyai semangat atau dorongan untuk melakukan kebaikan. Kita akan sentiasa berasa bersemangat untuk memperjuangkan islam dan menjadikan islam itu suatu kebanggaan buat diri kita.

Lama-kelamaan ,insyallah dan dengan izin Allah , kita selaku umat islam yang sangat ramai di dunia kita akan menjadi kuat kembali dan mampu memerintah dunia kembali.

Mari sama2 kita jayakannya. Kemenangan islam itu pasti. Apa lagi,jom kita bersama-sama jayakannya.!

Masa Untuk Kembali

Assalamualaikum,

Alhamdullilah, setelah selesai exam pada khamis yang lepas, terasa nikmatnya sangat menusuk kalbu. hanya Allah jua yang tahu betapa getirnya menghadapi setiap saat masa exam itu. alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. tambahan lagi dapat berita yang baik daripada seorang pensyarah mengenai salah satu subjek yang saya ambil. terasa amat lega. moga2 Allah bantu saya untuk subjek yang lain juga. sungguh terasa nikmat lagi apabila ada adik junior buat satu video khas tribute buat saya dan abg zulfazlizan. sungguh ku tidak menyangka. dapat suatu nikmat lagi. Alhamdulillah. terima kasih Ya Allah.


Insyallah selepas ini, masa untuk saya kembali ke alam penulisan kembali. Saya cukup terkesan untuk lebih banyak menggunakan dakwah dengan penulisan sama ada di blog,website atau dengan buku apabila membaca suatu entri di blog hilal. moga2 Allah berikan kekuatan pada saya untuk terus menulis. mintak sahabat2 doakan saya ya.

kita akan berjumpa lagi pada entri yang seterusnya nanti. insyallah.nantikanlah..

Assalamualaikum.

Layak-Kah aku sebagai Amir

Assalamualaikum,

Dengan rahmat Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Sedar tidak sedar, sudah dua tahun saya digelar sebagai seorang presiden IU atau dua tahun digelar sebagai seorang amir. Sesungguhnya jawatan ini adalah suatu yang sangat besar nya bagi saya. Bukan mudah untuk menjadi seorang presiden IU dalam keadaan mmu yang sekarang ini.

Sehingga sekarang, saya merasakan bahawa saya sememangnya tidak layak untuk menjadi seorang amir. begitu ramai manusia yang mengganggap bahawa apabila menjadi seorang ameer ini perlu sempurna dari pelbagai aspek kehidupan. akan tetapi ia tidak semudah itu. Hanya orang yang pernah alami sahaja yang memahami.

Akan tetapi demi kerana Allah dan islam, saya mengambil jawatan itu dengan cuba seikhlas hati. Saya tidak berani cakap yang saya sudah cukup ikhlas kerana Allah apabila menjadi seorang amir. Apa yang saya pegang ialah, keikhlasan ini adalah suatu proses yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa dan ia bukan mudah dengan senangnya sudah sempurna walaupun ia adalah syarat pertama amalan kita diterima oleh Allah ker tidak?

Apa pun, entri kali ini adalah bertujuan untuk memberitahu kepada umum, bahawasanya, saya ini bukanlah orang terbaik di kalangan anda semua untuk jadi seorang amir iu, tapi saya diberi peluang untuk menjadi amir dan saya sentiasa berusaha untuk menjadi amir yang terbaik. Dua tahun pun sudah berlalu, jadi saya meminta maaf sebarang kekurangan saya.

Saya tiada hebatnya, jika ada kebaikan ,kehebatan yang berjaya saya lakukan anggaplah ia dari Allah. Sebarang kekurangan, kesilapan itu adalah datang daripada saya. Saya ini adalah hanya seorang yang lemah,hina,dhaif dan masih banyak perlu belajar lagi. Jika ada pembaca sekalian ingin memberikan komen tentang saya, saya alu-alukan. Jika saya ada mengguriskan hati sesiapa, saya meminta maaf, saya hanya manusia biasa dan tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang. Hanya Allah sahaja yang mampu memberikan segala yang hati manusia inginkan.

akhir kata, kepada Allah sajalah tempat saya bersyukur kerana memberikan kekuatan kepada saya untuk menggalas jawatan amir ini selama dua tahun. Tiada daya kekuatan dan keupayaan ku melainkan daripada Allah. Saya ini tidak layak untuk menjadi amir, tapi saya hanya cuba melaksanakan tugas yang diberikan. saya berasa puas hati kerana telah berusaha sebaiknya dan terima kasih atas sokongan yang diberikan. apa yang saya harapkan moga2 amalan saya ini diterima oleh Allah Ta'ala. itu paling penting. insyallah.amin.

akhir kata untuk pembaca,abg2 dan kakak2,adik2 sekalian,
Saya meminta maaf sekali lagi atas sebarang kekurangan,kesilapan dan kelemahan saya. Saya tidak layak untuk bergelar dan untuk menggalas sebagai seorang amir. saya hanya cuba melaksanakan tugas yang diberikan. tiada kelayakan pun di dalam diri saya.

assalamualaikum..

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hampir selesai sudah tugas-tugas saya. Saya berasa gembira dan berasa sungguh seronok dapat berkenalan dengan generasi adik2 yang baru. Pada saya, inilah generasi yang saya nantikan dan generasi terbaik yang pernah jumpa sepanjang saya di mmu ini. Saya mendoakan agar generasi ini lah yang akan menjadi tonggak utama penegak kalimah Allah dan islam di muka bumi mmu ini. Moga2 adik2 sekalian menjadi antara faktor utama islam dijulang tinggi di muka bumi mmu ini suatu masa nanti.Saya mengucapkan selamat datang kepada adik2 sekalian.


Alhamdulillah juga saya ucapkan kerana cita2 saya untuk membawa Ustaz Hazrizal ke muka bumi MMU ini akhirnya tercapai. Alhamdulillah.


curi dari akak zini..minta izin ya:D

Saya cukup kagum dengan kebolehan Ustaz Hazrizal. Saya rasa ingin menjadi seperti dia, saya akan cuba untuk mampu bercakap dengan lebih baik di depan lepas ini. Tambahan lagi, saya rasa lebih bersemangat kerana dapat cadangan daripada Brother Lim untuk masuk mana-mana "organization" or NGO untuk menjadi seorang speaker. Ya! After two years become president, i like to talk, talk ,talk and talk.


Saya rasa makin bersyukur kerana pada suatu pagi yang hening, Allah telah menjawab persoalan, dan mengabulkan permintaan saya. Saya telah dapat berita yang baik ,alhamdulillah. Saya tersenyum sahaja di dalam hati apabila mendengar seseorang itu bercerita kepada saya. ~bilakah masa saya pula?:p~

Akhir kata ,kepada Allah lah aku bersyukur.


p/s: hati terasa semakin kuat untuk membuka suatu.....mampukah aku? huhu..hati berkata, "akulah orangnya" adakah ini ilham daripada tuhan?.

Tarbiyah Direct

Assalamualaikum,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Allah itu berkuasa ke atas setiap sesuatu dan Dia akan lakukan apa yang Dia kehendaki dan jika dia mengkehendaki tiada apa pun yang dapat menghalangnya.

Dalam kesibukan exam ini, ingin merehatkan minda sekejap dengan meng-update blog. insyallah ringkas sahaja. :D

Dua minggu dalam menempuh exam ini sunggu menyengat jiwa seorang insan yang lemah ini. Banyak tarbiyah dari illahi yang menyedarkan jiwa ini dan membuatkan insan yang lemah ini tidak mampu berkata apabila melihat kekuasaan dan peringatan dari Allah Yang Maha Adil.

Begitulah juga kisah hidup saya dua tahun ini menjadi seorang amir, banyak tarbiyah direct dari illahi terasa di hati ini.sesungguhnya perasaan terima tarbiyah direct dari Allah adalah cukup berbeza. sungguh menyentap jiwa dan saya tidak mampu berkata2. cukuplah setakat ini. biar Allah sahaja yang lebih mengetahuinya.

Saya bukanlah ingin berkongsi lebih jauh lagi tapi cuma ingin menasihati diri saya yang lemah ini agar saya lebih berhati2 lah setiap langkah, pandangan, gerakan hati ,gerakan akal fikiran kita dan setiap tindakan kita agar kita tidak melakukan dosa kepada Allah Penguasa Sekalian Alam.. ingatlah dosa merupakan punca Allah boleh jadi benci dengan kita. teringat kata-kata, seorang yang alim cukup saya kagum "berhati-hatilah dengan dosa, jangan sampai Allah turunkan satu-satu bala dan musibah kepada kamu"

mari kita pergi ke ayat-ayat Allah.

apabila teringat dan terbaca ayat Al-Baqarah ini, ayat 155, barulah hati saya reda dan tenang semula.

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa (kematian) serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:"


dan saya jadi teringat lagi ayat yang lain.

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Surah Al- Baqarah, ayat 216)



Allah pandukan hati saya lagi untuk membaca ayat yang lain:


"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar" (An Nisaa ayat 40)

Saya jadi tersenyum dan lebih riang untuk menghadapi setiap saat yang seterusnya. Allah ingat saya, tidak membiarkan saya dan ingin menyedarkan saya bahawa saya telah banyak melakukan dosa. :D

sahabat2, berhati2 ya dengan dosa. dan bersyukurlah jika kita diizinkan oleh Allah untuk tenang untuk melakukan sesuatu perkara. ingatlah, ketenangan merupakan satu anugerah illahi yang cukup mahal dan sungguh! ramai manusia tidak menyedarinya. Alhamdullillah......saya telah dapat nya kembali. :D

Saya berharap saya dapat menjadi orang yang lebih bertaqwa lagi dan lebih taat pada Allah dan rasulnya. doakan saya wahai sahabat2 sekalian. saya ada 2 paper lagi perlu dihadapi. doakan saya. saya ucapkan selamat berjaya kepada yang masih hadapi exam. :D

saya akhiri nya dengan suatu gambar:




moh kita senyum sokmo..:D

p/s: terlebih berkata pula,hehe, tak pe, bukan selalu kan saya membebel dengan tulisan? :D

perjuangan


Alhamdulillah selesai sudah simposium. Terima kasih Ya Allah atas kekuatan yang Engkau berikan kepada kami untuk menjalankan program ini.

Masih tak sempat nak update kerana kesibukan. Moga Allah izinkan dan beri kekuatan pada saya untuk "update" dengan lebih banyak lagi pengisian pada masa akan datang. Tolong doakan ya!


p/s: Saya ada midterm 26 mac ini. Tolong doakan untuk saya agar segala usaha saya diberkati Allah dan saya dapat menghadapi peperiksaan ini hanya ikhlas kerana-Nya.

simposium mahasiswa


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga untuk update blog ini.

Di sini saya ingin membuat sedikit promosi:

Insya Allah Institusi Usrah 09/10 akan mengadakan "SIMPOSIUM MAHASISWA 2010" bertemakan "Transformasi Gagasan Kepimpinan Mahasiswa". Pihak kami dengan rasa rendah diri ingin menjemput semua yang bergelar mahasiswa ke program ini. Objektif program ini adalah untuk menyatukan seluruh pelajar Islam ke arah satu aliran pemikiran yang sama yang semestinya berlandaskan syariat Islam. Selain itu, program ini juga bertujuan mencari situasi sebenar corak kepimpinan Islam pada masa sekarang dan bagaimana untuk mengimplimentasikan ke dalam diri masing-masing.

Jom bersama kami!

Ini adalah detailnya:

Tarikh: 20 Mac 2010 (Sabtu) Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang

Tempat: Central Lecture Complex (CLC 0002), MMU Melaka

Yuran: RM 10

Jika berminat bolehlah menghubungi no yang tertera pada gambar di atas. :D