Tahu , Faham , Amal..perlu seiring merupakan antara prinsip yang saya cuba amalkan..

Pendahuluan:Apa maksud ketiga-tiga itu?

Tahu itu berlaku apabila kita mula mengenal sesuatu itu.

Contoh: Sebelum ini,John tidak tahu apa itu solat di dalam islam. suatu masa ada seorang kawan menerangkan pada dia bahawa solat itu adalah satu perkara wajib di dalam islam.

Faham pula berlaku apabila seseorang itu tahu dengan jelas apa,kenapa dan bagaimana sesuatu perkara itu.

Contoh: John pada mulanya hanya tahu solat itu merupakan perkara wajib di dalam solat.tapi selepas dia masuk islam, dia mula faham kenapa dia perlu solat dan bagaimana untuk solat.

Beramal itu berlaku apabila seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan itu.

Contoh: Selepas sahaja masuk islam,setelah dia tahu dan memahami tentang solat, John pun melakukan solat.

Apakah realiti zaman sekarang?

1. Ada yang tahu, tapi tak faham, dan tak beramal.

itulah yang terjadi pada umat islam sekarang.

contoh : ramai orang tahu solat itu merupakan perkara wajib .tapi kebanyakan orang islam tidak faham kenapa mereka perlu solat dan akhirnya mereka tidak menunaikan solat.

2. Ada yang tahu, tak faham tapi beramal pula.

Contoh: Kita semua bersolat. Kita tahu solat itu wajib. Tapi adakah kita betul2 pasti yang kita memahami kenapa kita bersolat, apa fungsi solat yang sebenar? bagaimana cara solat yang sebenar?

sebab itu ramai orang yang solat tapi masih melakukan perkara kemungkaran padahal Allah dah nukilkan di dalam al-quran:


Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(Surah Al-Ankabut, ayat 45)


3. Ada yg tidak tahu, tidak faham tapi beramal.

Inilah yang dipanggil taklid buta. Maksudnya ialah, seseorang itu suka mengikut sesuatu perkara tanpa dia tahu dengan jelas apa yang dia cuba lakukan.

dalam perkara taklid cukup panjang kalau nak dibahaskan di sini. tapi huraian saya di sini adalah lebih merujuk kepada seseorang yang suka melakukan sesuatu tanpa dia mengambil tahu dan memahami dahulu sesuatu perkara itu.

Contoh: Seorang yang jahil tentang agama tapi professional, tapi apabila diajak masuk ke dalam sesuatu ajaran baru, dengan mudah sahaja terpengaruh. Ini kerana dia tidak cuba ambil tahu dan memahami dulu pun sama ada ajaran itu benar ker tidak.

4. Banyak tahu dan faham tapi tidak beramal

Ini juga sering berlaku pada orang islam sekarang. begitu ramai yang ada ilmu dan tahu bagaimana ingin beramal, akan tetapi tidak beramal.

sebab itu umat islam tidak maju kerana tidak amalkan ilmu yang mereka ada.

contoh: banyak umat islam tahu dan faham apa fadhilat puasa sunat isnin dan khamis. Akan tetapi banyak juga yang tidak mengamalkannya.

Kesimpulan:


Proses untuk tahu , memahami , dan beramal dalam sesuatu perkara itu perlu seiring.
Ini adalah amat penting di dalam untuk mendalami agama kita.


p/s:moga entry yg biasa ini beri manfaat.