doa cinta

Mari sama-sama amalkan doa ini dalam hidup kita:

(Doa Nabi Muhammad SAW)

Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-MU, dan cinta kepada orang yang mengasihi-MU, dan apa sahaja membawa daku menghampiri cinta-MU.

Ya Allah, jadikanlah cinta-MU itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon cinta-MU, dan cinta orang yang mencintai-MU serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-MU.

Ya Allah, apa sahaja yang engkau anugerahkan kepada-ku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang engkau cintai.

Ya Allah, dan apa sahaja yang engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah cinta-MU sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku,hartaku dan air sejuk yang pada saat kehausan.

Ya Allah jadikanlah aku mencintai-MU, malaikat-MU, rasul-MU, hamba-MU yang soleh.

Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-MU, dan jadikanlah aku bagi-MU seperti yang engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah aku mencintai-MU dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-MU.

(Hadis riwayat At-Tirmizi. nabi muhammad SAW bersabda: inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud A.S)

Petikan daripada tabloid iluvislam. jom amalkan bersama :D

ikhlas itu sangat penting!!






Tip Untuk Promoter


Di MMU sekarang telah bertambah pelajar yang memilih untuk menjadi "promoter". Ini adalah kerana mereka telah melibatkan diri dalam dunia jualan langsung atau multi level marketing.

Antara yang kian popular ialah HPA. Ramai yang di kalangan sahabat saya telah melibatkan diri di dalam dunia HPA.

Jadi, di sini terimalah perkongsian khas daripada saya bagaimana untuk menjadi seorang promoter terbaik.

Apa tipnya?

Ayah saya pernah memberikan semangat di depan pengedar-pengedarnya. Dia berkata dengan penuh semangat dan serius :


Bila kita jadi pengedar, kita wajib beli barang yang kita jual dan WAJIB merasainya keseronokannya dahulu, barulah kita jual pada orang lain. Apabila kita dah merasai sendiri keseronokan sesuatu barang itu, barulah kita dapat mempromosikan barang itu pada orang lain dengan berkesan dan baik. Percayalah! Kita akan dapat menambat minat hati pelanggan dengan mudah jika kita sendiri bercerita dengan penuh perasaan dan keseronokan kita menggunakan barang tersebut.

Jika kita dapat merasai keseronokan sebenar (bukan keseronokan yang dibuat2), kita akan mampu menjual sesuatu barang itu dengan lebih effektif.

Contoh mudah:

Kita ingin menjual serbuk kopi sesebuah syarikat . tapi jika kita sendiri tidak suka minum kopi syarikat tersebut , sudah tentu kita tidak akan bercakap dengan ikhlas semasa mempromosikan kopi tersebut.

Kesannya ialah, pelanggan mungkin akan merasai sangsi dan tidak percaya lalu mereka tidak mahu membeli dengan kita.

Mari kita pergi ke perspektif lain

Siapa "promoter" terbaik dalam sejarah dunia?

Anda rasa siapa?

Sudah tentulah Nabi Muhammad SAW.

Lihat bagaimana skill Rasullah mempromosikan islam pada orang yang ingin didakwahnya. Rasullah begitu berbangga, merasai keseronokan,kemanisan, dan begitu bersyukur dengan kurniaan nikmat islam itu kepadanya..


Sebab itulah kita lihat Rasullah mempunyai begitu banyak pengikut daripada dulu sehingga sekarang. Tidak peliklah jika Rasullah dinobatkan sebagai tempat pertama dalam buku 100: A Ranking The Most Influential Persons In The History.


Kesimpulan

Jika kita ingin mengajak orang buat baik dalam sesuatu perkara, teknik yang paling berkesan ialah kita ceritakan kebaikan perkara itu dengan penuh seronok, insyallah orang itu akan tertarik dengan nasihat kita.

Contohnya: Jika kita ada kawan yang tidak solat, selain beritahu kenapa kita perlu bersolat, kita juga perlu bercerita bahawa sebenarnya solat ini adalah sesuatu yang sangat manis,menyeronokkan dan menenangkan jiwa. sudah tentu kawan kita itu akan berminat untuk melakukan solat.

Akhir kata, mari kita sama-sama contohi Nabi Muhammad SAW.

Jika kita ingin menjadi "promoter" terbaik, contohilah Rasullah. Rasullah mempromosikan islam itu dengan penuh keseronokan, sepenuh ikhlas daripada hati dan akhlak yang begitu menakjubkan.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul . :D


p/s: saya berharap dengan entri ini menjadikan saya lebih menyintai Rasullah daripada orang lain dan dapat gapai cinta daripada Rasullah. Semoga kita semua kelak layak untuk mendapat syafaatnya.. insyallah. :)

Terima Kasih Semua




Alhamdullilah, segala puji Allah, program the "The Dark of The Currency" telah dapat diadakan. Terima kasih Ya Allah kerana memberi kekuatan dan keizinan agar program itu dapat dijalankan.

Saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih berbanyak-banyak kepada koordinator,direktor , semua komiti usrah umum, semua yang menolong mahu secara langsung atau tidak langsung, atas kerana kerja dan komitmen anda yang bagus dan mantap. syukran jazilan!!!


Khas untuk semua ajk usrah umum dan semua yang menolong:

Panjangkanlah kesyukuran kepada Allah atas sebarang pertolongan Allah ke atas program ini. Jika apa yang kita rancang untuk usrah umum itu berjalan dengan lancar dan baik, hendaklah kita ucap alhamdullilah kerana segala kebaikan itu datang daripada Allah.Kita perlu juga beristghfar kerana takut2 kalau ada perasaan riyak terbit di hati tanpa kita sedar.

Ingatlah! Tiada sesuatu pun yang berlaku tanpa keizinan Allah.

Jika ada sebarang kekurangan yang berlaku adalah kerana lumrah kita sebagai seorang manusia. Tiada manusia yang sempurna. La Tahzan! Ucapkan alhamdullilah juga, kerana Allah ingin mengajar kita untuk menjadi seorang yang lebih bersabar dan berjaya pada masa akan datang. itu juga merupakan satu nikmat daripada Allah.

Mari kita hayati beberapa perkara di bawah ini:

1. Dalam hidup,kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang berlaku:

“Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)


2. Pasangkan harapan segala kerja itu untuk memburu pahala, cinta dan redha Allah,

“Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)


terima kasih semua! hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian. :D

Ingat Nabi Sekali Setahun?


Baru-baru ini isu maulidur rasul menjadi bahan utama di kalangan parti-parti politik.

Anda semua boleh baca sendiri mengenai isu maulidur rasul itu di laman kerajaan seperti utusan.com, laman pembangkang seperti harakahdaily.net dan laman yang bersifat neutral seperti malaysiakini.com.

Saya tidak mahu mengupas tentang isu itu. Itu terserah kepada anda semua untuk menilainya.

Di Malaysia

Di Malaysia maulidur rasul disambut setiap tahun. Rancangan tv dipenuhi dengan program-program ceramah dan drama yang berkait rapat dengan maulidur rasul. Ada marhaban, al-kuliyah, rancangan halaqah tv9 dan sebagainya. Alhamdullillah ketika menjelang 12 Rabiuawal, Malaysia begitu meriah menyambutnya.


Walaubagaimana pun, ada suatu virus yang cukup melanda umat Malaysia ketika ini. Kebanyakan daripada mereka hanya ingat dan menghayati perjuangan Rasullah itu setakat kerana sambutan maulidur rasul sahaja.

Nabi mengajar dan menyeru kepada kita agar mengikut sunnahnya dan mengamalkan apa yang disampai kepada kita. ada suatu wasiat nabi yang sangat popular,


Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya – Kitab Allah dan sunnah NabiNya. [1]


Jika kita hanya sambut maulidur rasul tapi tidak cuba mengamalkan secara kesuluhuran apa sunnah baginda, tiada guna juga. Kita seharusnya ingat Nabi setiap masa dan melakukan apa yang Rasullah perintahkan kepada kita.

Menyambut Maulidur Rasul itu tidak salah tetapi jangan hanya menyambut tanpa menghayati perjuangan Rasullah itu sendiri.

Hayatilah perjuangan, penat lelah nabi suatu zaman dahulu. Jadilah umat islam yang sepatutnya. Ingatlah, kerana penat lelah Rasullah, kita mendapat dua nikmat yang paling besar di dunia ini iaitu nikmat iman dan islam.

Kesimpulan

Mari kita mendalami tentang sirah Nabi Muhammad SAW supaya kita tahu untuk meniliti arus kehidupan kita. Nabi telah menjadi model terunggul di dunia ini dalam bagaimana ingin menjadi seorang hamba Allah,pemerintah, ahli perniagaan,ketua perang, bapa,suami dan datuk yang berjaya di dunia dan akhirat.

Orang bukan Islam seperti Michael Hart pun mengiktiraf ketokohan nabi dalam bukunya 100: A Ranking The Most Influential Persons In The History. Nabi kita di tempat yang pertama.

Nabi Muhammad seharusnya jadi model paling utama dalam kehidupan kita. Buktikanlah dengan tindakan, bukan sekadar retorik semata-mata semasa maulidur rasul.



[1]Sahih:
Hadis dari Abu Hurairah radiallahu-anhu, dikeluarkan oleh Bukhari dan al-Hakim, lihat Sahih Bukhari – no: 7280. (Kitab berpegang teguh kepada Kitab dan Sunnah).

The Dark Of Currency


Assalamualaikum,


Today’s World Economy: The Dark Face of Currency??

Date: 23rd February 2010 (Tuesday)

Time: 9.00 p.m. until 11.00 p.m.

Venue: ACR 1003

Speaker: Mr. Abdul Halim B. Abdul Hamid (FBL lecturer)


Boleh lihat Mr Halim di rancangan awani.

mari click di sini.

exam senjata syaitan?




" Ya Allah berikan hidayah dan taufiq kepada kami agar kami sering dapat solat di awal waktu dan berilah kemanisan yang amat sangat ketika bersolat"

"Ya Allah kami mohon pertolongan daripada-Mu agar kami dapat sentiasa dapat khusyuk dalam solat kami".