apa beza tadbir &takdir?


Khas untuk DIRI SAYA yang sering lemah dengan ujian Allah.

credit to http://genta-rasa.com


SERASIKAN TADBIR DAN TAKDIR!

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Alhamdulillah.

Namun acapkali juga takdir dan tadbir bersalahan, bertentangan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan terjadi. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelma. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena?

Ketika itu hatipun merintih… semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bunga ’pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan ketentuan Allah yang maha Perkasa. Samada di sedari atau tanpa disedari… kita menyalahkan segala – daripada diri sendiri, orang lain sehinggalah kepada Allah.


Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapa-kapa dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat.

Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu) dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa duirinyanya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah luput daripada segala takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia.

Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam?

Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.

Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka.

Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi mata hati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk ku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapangkan dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmu ku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diri ku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah iman ku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”

al-fateh




Video yang menarik dan menaikkan semangat saya untuk terus beristiqamah.

Suatu hadis nabi:

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Sultan Muhammad Al-Fateh membuka Kota Konstanstinople pada umurnya 24 tahun.

Cukup besar jasanya untuk meningkatkan kegemilangan islam.

Saya sekarang hampir berumur 22 tahun. Saya rasa amat amat sedikit sumbangan saya.

Mari berusaha bersama tingkatkan kegemilangan islam.


Allah, islam, perjuangan islam sama sekali tidak perlukan kita.
Tetapi kita yang memerlukan Allah,islam dan perjuangan islam
Allah dan islam tidak pernah rugi apa-apa



hiburan?





Saya rasa agak terhibur bila lihat adik kecil ni beri tazkirah.

Saya tanya diri saya sendiri:

Bilalah Malaysia nak buat macam ini?

Mari kita pergi kepada perspektif yang lain.

Ada beberapa rancangan di Malaysia yang bagi saya , dan meningkatkan budaya hedoinisme dalam masyarakat kita. Saya berpendapat ada daripada rancangan tv ini lebih memberi banyak impak yang negatif kepada masyrakat kita.

*Hedoinisme-hiburan yang melampau.

Rancangan-rancangannya ialah:


Ada 2 persoalan yang timbul di hati saya:

1) Hebat juga malaysia ,boleh ada rancangan untuk daripada yang kecil hinggalah ke yang telah berkahwin. contoh rancangan untuk yang pasangan yg berkahwin ialah sehati berdansa.

Apakah yang sudah jadi kepada masyrakat kita pada zaman sekarang?

2) Anda suka tak?(cuba sambung soalan ini dengan ayat di bawah)

-kalau adik perempuan anda jadi penari dan jadi tontonan umum masyarakat?
-kalau ibu anda berjoget di depan lelaki yang ramai?
- kalau bakal or isteri anda menari dan jadi tarikan hawa nafsu lelaki lain?
-kalau nenek anda bergelek di atas pentas?
Anda suka? Saya serahkan pada anda untuk menjawabnya.

Bagi saya? Saya sama sekali sangat sangat tidak suka.

Tapi itulah realiti masyrakat kita sekarang begitu bangga apabila seorang nenek mampu menari dan bergelek di depan orang ramai.



So apa tindakan kita? Fikirkanlah....




no head


Dalam kesibukan ada rasa juga ingin update blog ini. kenapa entry kali ini dinamakan "no head"?

Saya ingin kaitkan dengan solat kita. Kita semua tahu solat itu penting.

Bagi saya, kepentingan solat itu diibaratkan seperti kepala kita. Jika orang yang tidak solat, sama lah sahaja ia macam tidak ada kepala. Solat itu penentu arah hidup kita.

" If u not perform solah, it's like u do not have head"

Jika kita lihat dalam perspektif agama:

Di mana kedudukan solat kita di dalam agama kita?

Tempatnya adalah seperti mana kepala pada tubuh badan. macam mana pentingnya kepala untuk memainkan fungsinya pada tubuh badan, begitulah penting solat kita pada agama kita.


Solat merupakan tiang agama. Sesiapa yang mendirikan solat, dia telah mendirikan agama dan sesiapa yang meninggalkan solat, maka dia telah meruntuhkan agama (Hadis riwayat Baihaqi dari Ibnu Umar)



Lihat! Begitu pentingnya solat itu.


p/s:jika grammar salah,sila betulkan.. sungguh berkesan kepada jiwa apabila mendalami kitab minyatul mursollin.. jom2 dalami.. :D





jom cedok >>

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi satu website yang baik untuk penambahan ilmu kita.

click di sini.

p/s: jom cedok juga ilmu agama, berusalah bersungguh-sungguh mendalami agama seperti mana kita rajin nak dapatkan pointer tinggi dalam pelajaran di universiti.

special for alpha



Masih tak terlambat lagi untuk saya mewakili pimpinan Institusi Usrah 09/10 mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar alpha yang mengambil peperiksaan.


Tuhan berfirman: Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu(surah al-mukmin:60)



Banyakkan lah berdoa kepada Tuhan, sebab Allah sangat suka hambanya yang berdoa. Yakinlah pada firmannya di atas, Allah pasti akan perkenankan segala doa kita.

Pastikan jaga hubungan dengan Allah. Walaupun sibuk dengan study, pastikan sembahyang di awal waktu. :D

Di sini antara cadangan amalan yang baik:

1) Bangun awal di pagi hari dengan membuat sunat tahajud. selepas itu baru study.
2) Pastikan sentiasa ada wudhuk masa study dan sebelum pergi exam.
3)Berdoa semasa sebelum exam.

Jika rasa susah semasa exam, peganglah suatu kata2 di dalam buku popular "La Tahzan"

Jangan bersedih! Allah sentiasa berada bersama kita di dalam apa jua keadaan sekalipun.:)

Selamat Berjaya :D

isu menarik


Assalamualaikum,

Saya terbaca satu isu menarik di sebuah akhbar.

eh? adik dh cukup 21 tahun ker?..mcm mane leh undi? =D

Gambar tu merupakan pilihanraya di sebuah sekolah yg dipantau SPR.

Boleh baca lebih lanjut di sini:

click! click!.. here

Ada persoalan di sini:

1) Anda rasa sesuai ker pilihan raya sekolah dipantau oleh SPR?

2) Adakah pasti calon yang dipilih itu betul2 layak? popular lebih penting or berkelayakan itu lebih penting?




p/s: keputusan exam dah nak keluar, teruskan berdoa dan buat solat hajat.. istiqamahlah memohon kepadanya. Allah suka hambanya yg berdoa. =D

belajar?




Pendahuluan:Situasi



Situasi 1(awal semester/ keputusan keluar)


"Alhamdulillah,aku berjaya dapat first class, aku mesti score juga next sem" kata seorang pelajar.

"Ytm suruh ak score ni, aku kena score sem depan" keluhan seorang pelajar scholar.




Situasi 2(Pertengahan sem/penuh assigment/byk midterm)

"Study! Study!,aku kena score ,kalau tak ,scholar aku kena tarik nanti"

"Tension aku,byk tul kerja assigment ni, lecturer aku ni.........!!!!" keluhan pelajar.


Situasi 3(sblm exam)


"tak sabar rasanya, aku dah prepair lama dah exam ni"


azan berkemundang, "tak pe lah study dulu, esok exam ni,sembahyang bole lmbt lg"


Situasi 4( result keluar)

"Yesh, result aku first class.aku mmg hebat". Tiada ucapan alhamdulillah,or sujud syukur dilakukan.

"abislah aku, kenalah aku dengan mak aku, mak aku nak ak first class..tapi aku tk dapat.


Isi(penerangan)


Saya berpendapat situasi-situasi di atas pernah berlaku kepada diri saya dan di sekeliling saya. Di sini ada beberapa persoalan yang ingin saya timbulkan untuk diri saya dan buat pembaca:

  1. Kenapa pada awal semester nya ,banyak yang mempunyai kata positif sahaja?
  2. Ada yang begitu tension dan give up semasa di pertengahan semester sehingga sanggup melabel lecturer mcm2.
  3. Ada yg sibuk berprogram sehingga study diletakkan sbg no 10 dlm diari dia sbg seorang pelajar.
  4. ada pula sibuk study sehingga melambat kan sembahyang, hubungan dengan Allah tidak dijaga.
  5. Ada pula yg begitu trauma apabila mendapat result yg tidak begitu baik.trauma ditambhkan lg dengan makian ibu bapa, di-warning advisor scholar.
  6. ada student bila mendapat result yg tidak berapa baik , dia terus tinggalkan segala yg baik, terus semata hanya jadi ulat buku.
  7. ada yg sibuk belajar sehingga tinggal usrah, amanah sebagai seorang pendakwah
  8. ada yg sering keluh, tak sabar nak grad, "aku dah penat study".

Berbalik kepada soalan yang saya tujukan kepada diri saya dan anda sekalian.

"Kenapa semua ini berlaku?"

Jawapannya ialah:




Apa niat kita belajar?

Saya berpendapat kita semua mungkin silap di langkah yang pertama. Apakah langkah pertama yg saya maksudkan?

Iaitu niat kita belajar. mari kita dalami makna di sebalik hadis ini.

Rasulullah SAW bersabda:

“Setiap amal itu dikira dengan niat, dan setiap orang apa yang diniatkan olehnya. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya akan kepada Allah dan rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya kepada dunia untuk segala habuannya, dan kerana perempuan kerana hendak menikahinya, maka berhijrahlah dia kepada apa yang dia hijrahkan tadi” Riwayat Bukhari dan Muslim


Setiap amalan itu disertai dengan niat.

Saya memetik satu kata2 daripada blog hilal.

Ada seorang ulama’ berkata: “Putus asa/kelemahan di tengah perjalanan perjuangan, adalah kerana kesilapan pada titik permulaan”


Apakah titik permulaannya? sudah tentulah niat.

Kita patut menjaga niat belajar kita hanya untuk mendapat keredhaan Allah. Jika kita menjaga niat kita di awal sem, pertengahan sem, sebelum exam n dan selepas dapat result, sudah pasti cara belajar kita sudah pasti berada di trek yang betul.

Ramai yg berjaya menjaga niat di awal semester, tapi tidak di pertengahan, sebelum exam, dan setelah dapat result.

Jika kita menjaga niat kita hanya untuk keredhaan Allah, apa yg akan berlaku?

Segala masalah yang mungkin kita alami semasa belajar akan selesai.(rujuk di atas)


Mari kita dalami lebih jauh lagi.

Belajar itu juga ibadah

Sering dalam pemikiran kita bahawa hanya sembahyang ,puasa,zakat dan haji itu sahaja ibadah. tapi belajar itu juga ibadah.

Mari kita dalami suatu ayat al-quran:

Allah pernah berfirman:

Tidakkah Aku ciptakan jin dan manusia itu selain hanya semata-mata untuk beribadah kepada-KU" (surah azzariyat ayat 56)


Ayat ini telah menyatakan bahawa kita diciptakan oleh Allah hanya untuk beribadah kepada Allah. Jadi,apa lagi?

Jadikan study itu sebagai ibadah. Untuk apa?

Untuk mendapatkan keredhaan Allah.

but how?


pasangkan niat "aku belajar ini adalah untuk mendapat keredhaan Allah,bukan untuk keredhaan manusia.

So?

Kita akan menjadi seorang pelajar yang tenang dalam semua keadaan.

Mari kita pergi daripada sudut perpektif yg lain.

Apa punca susah nak ikhlas dalam study?


Yang pertama, sejak kecil sehingga sekarang, kita telah terdidik hanya belajar untuk exam.


Yang kedua,mindset belajar kita hanya untuk mendapat kerja yg baik,gaji yg banyak.

"ko ni belajar elok2 ,senang nanti dapat keje yg baik,gaji byk,senang hidup"

kata2 seperti ni, saya rasa semua orang biasa dengar. apa kata kita tukar?


"ko ni belajar elok2, Allah pun suka hambanya yg berilmu, bila Allah suka,senang dunia,akhirat. berjaya ,tidak berjaya itu belakang cite, itu kerja Allah"

nampak tak perbezaannya? Kita mestilah kaitkan segalanya dengan Allah.

Jika kita belajar hanya kaitkan dengan dunia sahaja, tidak kaitkan dengan Allah, takut-takut penyakit cintakan dunia itu sudah hinggap di hati kita tanpa kita sedari. sangat bahaya! mari dalami satu hadis nabi.



"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya," Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?" Nabi saw, menjawab,"Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu."Seorang sahabat bertanya, 'Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?' Rasulullah saw, menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Kesimpulan: Mari sucikan niat.

Ayuh para pembaca sekalian ,mari ubah niat belajar kita. Saya tidak kata saya sudah sempurna, saya pun masih memperbaiki niat saya dalam belajar.

Ayuh,mari murnikan niat belajar.

sekian.

Bijaknya anak ayah!




"Hafiz!hafiz! Ayah panggil kamu kat depan tu" panggilan seorang ibu.




Pada masa yang sama, Hafiz sedang sibuk melayan lagu Akim-bengang
.



"Ala ibu, kejap la, apiz tengah syok layan lagu ni,best la lagu ni"





Selepas 5 minit , "Piz, cepatlah, ayah tunggu lama dah tu"




Hafiz bangun dengan muka masamnya bergegas pergi ke ruang tamu.




"Kenapa ayah panggil apiz? Apiz busy lah ,ayah kacau jek."





Ustaz Amirudin merupakan seorang yang cukup yang dikenali oleh orang kampung kerana ilmu dan ketenangannya. Hafiz merupakan anak tunggal kepada ustaz amirudin.




"Ayah minta maaf ganggu kamu, tapi hari ini ayah nak uji kepintaran apiz, ayah ada satu teka teki ..apiz kan seorang anak abah yang pandai,bijak, dan bergaya.. "




Ustaz Amirudin cuba mengambil hati anaknya.





"Ayah ni,kalau bab membodek memang no 1, ok ! apa dia? '




Hati hafiz mudah menjadi lembut apabila mendengar ayahnya bercakap. Dia berasa amat yakin dia mampu menjawab soalan ayahnya nanti.

bayangkan ada al-quran ada di atas karpet ini :D




Hafiz diberi arahan oleh ayahnya untuk pergi ke bahagian luar rumah. Di situ hafiz terkejut ada satu al-quran diletakkan seolah-olah terbiar di atas karpet besar.




"Hafiz, ayah nak apiz ambil al-quran itu tanpa pijak karpet itu,itu teka -teki pada minggu ini! Ayah bagi masa 2 minit sahaja! "






Dia cuba berfikir untuk mencari jalan penyelesaian. Hafiz berasa amat mustahil kerana saiz karpet itu yang agak besar.



Dia cuba untuk mengambil dengan menggunakan kayu, tapi kerana masa yang tidak cukup
,dia membatalkan niat dia.



Tiba-tiba hafiz dapat satu idea yang dapat menyelesaikan masalah ini. Dia terus menggulung karpet itu dengan penuh yakin dan akhirnya al-quran itu di tangan dia.




"Ayah, inilah cara dia dan jawapan bagi teka-teki ayah pada minggu ini"




"Pandai anak ayah, apiz memang sama dengan orang barat yang bijak itu" ustaz amirudin memulakan bicaranya..




Hafiz mula berkerut dahi. "Apa maksud ayah?"


"Sebenarnya orang barat tidak akan menyerang secara terus pada orang islam atau ambil terus al-quran daripada orang islam.

Mereka akan menyerang kita secara perlahan-perlahan dengan memberikan banyak serangan dalam bentuk budaya, pemikiran, cara hidup kita.


Contohnya ialah cara hidup hedoinisme, iaitu hiburan yang melampau.mereka lebih suka hiburan berbanding agama. Banyak antara kita telah terpengaruh dengan budaya mereka.




Ini sama dengan cara hafiz ambil al-quran itu tadi, hafiz tidak ambil terus,tapi hafiz gulung dulu karpet itu.




Apabila orang barat berjaya mempengaruhi orang islam dengan cara mereka,lama-kelamaan orang islam akan lupa pada al-quran.




Begitulah cara orang barat sekarang."


Panjang lebar penjelasan ustaz amirudin.



Hafiz yang makin berkerut dahi mula tunjukkan rasa minat ingin lebih tahu.




"Ayah,kenapa mereka tak serang orang kita dengan senjata hebat mereka? Senjata mereka jauh lebih hebat daripada kita"




" Mereka tahu mereka akan kalah jika mereka serang kita secara fizikal atau secara terus. selepas sahaja kekalahan teruk dalam perang salib, mereka sedar umat islam akan bangkit menjadi kuat jika mereka diserang secara terus."





Hafiz mula rasa lega apabila memahami apa yang cuba disampaikan oleh ayahnya.




"Syukran ayah. hafiz mula sedar tentang sesuatu tapi itu rahsia"





Hafiz berkata dengan penuh semangat lalu berjalan terus masuk ke biliknya.




Ayahnya tersenyum lebar.



journey begin...


Hari ini telah merupakan hari keempat tahun 2010. Jika dikira dengan jari kaki dan tangan sudah hampir 5 tahun saya meninggalkan sekolah.

Di tempat inilah segalanya bermula. Saya mula mendalami islam dan mengenal erti menjadi seorang hamba Allah.

Saya rindukan saat bersama naqib dan cikgu saya.

Saya rindukan suasana halaqahnya,tazkirahnya, tamrinnya,usrah nya
dan celoteh adik-adik yang berada di bawah saya.

Saya juga rindukan saat bersama sa
habat rapat
dan seperjuangan saya.


Saya rasa mahu kembali ke sekolah ini semula untuk merasai suasana itu kembali.

tapi apakan daya, masa yang berlalu itu tidak akan berulang kembali. jadi hargailah masa dan segala peluang baik yang kita ada sekarang supaya kita tidak tergolong dalam orang yang rugi.

Mari kita hayati sebentar 3 ayat yg sangat popular,tapi adakah kita amalkan?

“Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” Surah Al-‘Asr ayat 1-3.

sekian dulu.bersambung di lain hari.

p/s: waktu sekolah adalah antara waktu paling seronok.betul tak?:))