perjuangan


Alhamdulillah selesai sudah simposium. Terima kasih Ya Allah atas kekuatan yang Engkau berikan kepada kami untuk menjalankan program ini.

Masih tak sempat nak update kerana kesibukan. Moga Allah izinkan dan beri kekuatan pada saya untuk "update" dengan lebih banyak lagi pengisian pada masa akan datang. Tolong doakan ya!


p/s: Saya ada midterm 26 mac ini. Tolong doakan untuk saya agar segala usaha saya diberkati Allah dan saya dapat menghadapi peperiksaan ini hanya ikhlas kerana-Nya.

simposium mahasiswa


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dapat juga untuk update blog ini.

Di sini saya ingin membuat sedikit promosi:

Insya Allah Institusi Usrah 09/10 akan mengadakan "SIMPOSIUM MAHASISWA 2010" bertemakan "Transformasi Gagasan Kepimpinan Mahasiswa". Pihak kami dengan rasa rendah diri ingin menjemput semua yang bergelar mahasiswa ke program ini. Objektif program ini adalah untuk menyatukan seluruh pelajar Islam ke arah satu aliran pemikiran yang sama yang semestinya berlandaskan syariat Islam. Selain itu, program ini juga bertujuan mencari situasi sebenar corak kepimpinan Islam pada masa sekarang dan bagaimana untuk mengimplimentasikan ke dalam diri masing-masing.

Jom bersama kami!

Ini adalah detailnya:

Tarikh: 20 Mac 2010 (Sabtu) Masa: 8.00 pagi - 6.00 petang

Tempat: Central Lecture Complex (CLC 0002), MMU Melaka

Yuran: RM 10

Jika berminat bolehlah menghubungi no yang tertera pada gambar di atas. :D

doa cinta

Mari sama-sama amalkan doa ini dalam hidup kita:

(Doa Nabi Muhammad SAW)

Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-MU, dan cinta kepada orang yang mengasihi-MU, dan apa sahaja membawa daku menghampiri cinta-MU.

Ya Allah, jadikanlah cinta-MU itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan.

Ya Allah sesungguhnya aku memohon cinta-MU, dan cinta orang yang mencintai-MU serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-MU.

Ya Allah, apa sahaja yang engkau anugerahkan kepada-ku daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang engkau cintai.

Ya Allah, dan apa sahaja yang engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai apa yang engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah cinta-MU sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku,hartaku dan air sejuk yang pada saat kehausan.

Ya Allah jadikanlah aku mencintai-MU, malaikat-MU, rasul-MU, hamba-MU yang soleh.

Ya Allah hidupkanlah hatiku dengan cinta-MU, dan jadikanlah aku bagi-MU seperti yang engkau cintai.

Ya Allah jadikanlah aku mencintai-MU dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-MU.

(Hadis riwayat At-Tirmizi. nabi muhammad SAW bersabda: inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud A.S)

Petikan daripada tabloid iluvislam. jom amalkan bersama :D

ikhlas itu sangat penting!!